Konsep 1MALAYSIA yang ketinggalan..

firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa:ayat 1

maksudnya:
"Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu,dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak"

firman Allah s.w.t lagi dalam surah ar-Rum:ayat 22

maksudnya: "dan diantara tanda- tanda kekuasaan Allah dan kebijaksanaan-Nya ialah kejasian langit dan bumi serta bahasa dan warna kulit di kalangan kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu, bener- benar mengandungi hujah dan keteranagan bagi orang- orang yang berpengetahuaan."

kita oarang melayu, india, cina, orang asli,orang barat dan lain-lain merupakan adik- beradik yang berasal daripada keturunan yang satu. soal berapa juta pupu itu biarlah. Potonagan ayat quran ini jelas menunjukan bahawa umat islam perlu bersatu dan menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa, warna kulit dan sebagainya. Ayat ini juga menjelaskan kepada kita betapa utuhnya kita dikaitkan dengan ikatan persaudaraan walaupun kita dipisahkan beribu batu jauhnya antara satu sama lain. Inilah yang dikatakan Islam bersifat al- 'Alamiyyah (global). Islam itu tidak tertumpu pada kelompok muslim sahaja bahkan hubungan itu lebih jauh lagi.

Diringkaskan semua ini boleh dibentuk di sesebuah negara apabila pemimpinnya berjaya menonjolkan akhlak yang mulia dan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh baginda s.a.w dalam urusan pentadbiran sesebuah negara.

Oleh itu perkaitan yang igin saya bawa disini berkenaan konsep 1Malaysia yang ketinggalan boleh dilihat pada kepimpinan menteri besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sudah lama dilaksanakan beliau dan kini di gunapakai oleh Dato Najib Tun Abd Razak. Disini ada kifalah, ladang rakyat, penghulu bukan islam dan program- program non diskriminasi yang lain. beliau seringkali membuat pertemuan terhadap pembesar- pembesar minoriti ini dalam suatu majlis untuk memberi keterangan berkenaan dasar pelaksanaan kerajaan negeri. Hal ini jelas mengambarkan akhlak yang di pamerkan beliau dalam membawa agenda dakwah tanpa mengira agama dan bangsa. Akhlak yang dipamerkan oleh pemimpin islam ini memberi ruang yang cantik dan berkesan terhadap kaum lain supaya tertarik dengan islam.

Malang sekali sikap dan akhlak ini tidak ada pada perdana menteri kita kini menyebabkan segala dasar atau strategi yang dibuat tidak pernah berjaya dan memuaskan hati rakyat malah menyebabkan rakyat tidak puas hati dan terus memberontak. Tambahan pula masalah- masalah peribadi yang dikaitkan beliau sehingga kini belum ada jawapannya. Maka apakah kita harus berbangga mempunyai seorang pemimpin yang mempunyai akhlak yang kotor? tepuk dada tanya iman.

Islam itu adalah Rahmat. umpanya cili walaupun pedas tapi ramai yang suka memakannya. kalau ditambah semakin terasa enaknya. Malangnya umat manusia tidak melihat islam sedemikian sebaliknya islam ini dianggap terroris,extreme,ganas dan segala macam perasaan negatif. Oleh itu jalan keluar untuk semua permasalah ini tidak lain tidak bukan perlu kembali kepada ajaran quran dan sunnah bagi menikmati kehidupan yang lebih hakiki di dunia dan juga di akhirat.

1 comments:

  ibnu Daud al-khair

December 17, 2009 at 7:53 AM

salam.Tuan,ada masa lawat blog sya..mohdkhairuddin-salam.blogspot.com